Hari ini adalah hari yang sangat membosankan untuk saya. Sungguh membosankan. Tidak ada banyak aktiviti yang dilakukan. Seharusnya, hari ini adalah hari yang sangat dinantikan. Saya telah merancangnya lebih awal lagi. Tetapi apakan daya. Kita yang merancangkan Tuhan yang menentukan. (chey! masham paham(: ) Balik dari hospital, saya terus pulang ke rumah. Hari ini saya menghabiskan masa menonton tv dan TIDUR. Saya ada satu cerita untuk mencerita kan tentang tipu, kepercayaan dan cinta.
Tipu. Mengapa kita tipu? Jawapan nya ialah kita tipu untuk kepentingan atau pun keperluan kita sendiri tanpa menyedari tentang perasaan orang lain. Adakala, kita menipu kerana kita takut akan seseorang itu ataupun terpaksa menipu kerana ingin menjaga hatinya. Tetapi yang sebenarnya, kita menyakiti mereka. Ada yang menipu kerana tidak mahu kehilangan seseorang. Sikap ini adalah sikap sombong. Apatah lagi menipu bukan satu sikap yang baik. Jangan lah contohi sikap ini kerana akhirnya kita akan menerima padah. Saya tahu kerana saya mengalaminya. Saya akui saya pernah menipu dan percaya lar, MENIPU MENGANIYAKAN HIDUP. Kini, saya cuba sedaya upaya supaya tidak menipu. Bersikap jujur adalah jauh lebih mulia dari menipu. Sekali menipu selama nya akan dipanggil penipu.
Kepercayaan adalah sesuatu yang bukan mudah untuk diperolehi tetapi HARUS diperolehi. Antara kami mempercayai atau dipercayai. Kita memerlukan kepercayaan kerana kita mahu seseorang itu percaya dan tahu bahawa kita jujur, contohnya kita jujur mencintai nya atau seandainya. Kita tidak mungkin hendak melakukan suatu perkara atau mengatakan sesuatu jika orang tidak mempercayai kita bukan? Tetapi, seandainya kita dipercayai, kita harus menjaganya. Kita harus berpegang pada janji dan menepati nya. Jangan lah menhancuri atau membuat orang yang percayakan kita itu hilang kepercayaan nya. Kerana, kepercayaan tidak boleh dibeli. Ia hanya boleh didapat sekali. Ini membuat saya sedari bahawa betapa saya memerlukannya. Saya memerlukan kepercayaan kamu. Dan percayai lah saya setiap kali saya mengatakan saya cintakan kamu.
Cinta. Apa itu cinta? Cinta adalah sesuatu perkara yang dimilki oleh semua orang, malah dimiliki oleh semua makhluk yang hidup dipermukaan bumi ini. Ini adalah perasaan semulajadi yang dikurniakn. Cinta tidak ternilai hebat. Ia tidak boleh dibeli dengan harta atau kekayaan. tetapi kenapa adanya cinta jika ada yang diantaranya telah dilukai berjuta kalinya? Cinta itu buta. Tanpa disedari, cinta kadangkalanya menyakitkan. Cinta dapat menghilangkan atau melegakan segala rasa sakit atau kebosanan hidup. Mencintai seseorang adalah satu nikmat. Nikmat yang semua insan ingin memperolehi. Cinta membuat dunia berputar. Cinta memaafkan. Oleh itu, cinta telah membuat saya sedari betapa nilainya ia. Kerana tanpa nya, saya mungkin akan kehilangan seorang yang saya sangat sayang. Cinta yang membuat dia memaafkan segala kesilapan, tipu dan hela saya. Cinta yang menyembuhkan hatinya yang terluka. Kerana cinta, saya disayangi kerana cinta, saya memilki dia. Saya amat mencintainya. Saya amat memerlukan nya. Tanpa dia, hidup mungkin tidak akan bererti lagi.
Jadi dengar lah ini. Saya tahu saya pernah atau telah melukai hatimu. Saya akui kesilapan saya. Kerana cinta yang tidak ternilai hebat nya, saya berjanji tidak akan melakukan nya lagi. Saya mencintai kamu. Kita telah menjalani hidup ini bersama dan saya harap/ingin kita pergi jauh. Pandu saya melalui hidup ini. Kesepian dan kesunyian melanda setiap kali kamu pergi membawa diri. Saya merindui sentuhan mu. Saya merindui dakapanmu. Saya merindui dirimu. Maafkan saya akan apa yang terjadi. Percayai lah bahawa saya mencintaimu dan hanya kamu.
Well, im just being random. trying my best to type in perfect malay but obviously i cant. its funny anyway. till then, happy reading.
HAPPY MOTHER'S DAYto all mothers, especially my mom.I LOVE YOU MUMMY!!u've been the greatest mom, trust me.
superEsv Es
Esvellino Eisaackiel; called UTT; and loving her to the fullest(: